Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Jalan alternatif Semalatong-Gedong bernilai RM250 juta – Abang Johari

ByLuqman Muhammad

GEDONG, 20 Mei: Kerajaan Sarawak memperuntukan RM250 juta bagi membina jalan Semalatong ke Gedong sebagai inisiatif meningkatkan ekonomi negeri terutama masyarakat setempat.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg optimis kemudahan itu akan membawa manfaat kepada orang ramai berikutan memendekkan jarak perjalanan menerusi jalan alternatif baharu tersebut.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada sidang media majlis pecah tanah bagi projek pengambilalihan dan naik taraf jalan ladang sedia ada dari Gedong ke Kampung Semilatong Simunjan di sini, hari ini. Foto: Luqman Muhammad (TVS).

“Jarak jalan baru ini kira-kira 26 kilometer (km) dan akan mengambil masa 30 minit untuk sampai ke Gedong dan kawasan ini juga berpotensi dalam sektor pertanian maka orang ramai akan mendapat manfaat melalui aktiviti pertanian dan ia akan menjadi sebahagian daripada penyelidikan yang akan dijalankan oleh Universiti Putra Malaysia. (UPM) cawangan Bintulu mereka akan membuat penyelidikan di sini dan juga Universiti Teknologi Swinburne serta universiti yang lain,” kata beliau.

Abang Johari uji pesawat bahan api SAF di LIMA’23

Abang Johari berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan majlis pecah tanah bagi projek pengambilalihan dan naik taraf jakan ladang sedia ada dari Gedong ke Kampung Semilatong Simunjan di sini, hari ini.

Menurut beliau, kemudahan jalan raya tersebut akan memberi peningkatan ketara kepada sosioekonomi dan secara tidak langsung meningkatkan pendapatan negeri setelah sektor pertanian dirancakkan di daerah Gedong.

Projek yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Sarawak itu bakal dilaksanakan Jabatan Kerja Raya JKR Sarawak melibatkan pembinaan dua jambatan dan dijangka siap dalam tempoh 36 bulan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan