Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap ketika merasmikan Seminar Antarabangsa Imam As-Syafie di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini pada Khamis. Foto: Faitullah Morni (TVS).

Semai sifat Lita’aarafu, tonggak Sarawak kukuh di negara MADANI – Perdana Menteri

ByAkma Salleh

KUCHING, 18 Mei: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan rakyat agar menyemai sifat ‘lita’aarafu’ dalam kehidupan seharian sebagai inisiatif menghormati kepelbagaian dalam membangunkan negara MADANI ini.

Menurut beliau sifat murni itu berhubung kait tentang hubungan kesederhanaan dengan kemanusiaan iaitu ia tidak terlepas dengan prinsip ‘lita’aarafu’ yang membawa maksud tidak hanya sekadar saling mengenali malahan sifat ini turut merangkumi saling menghormati dan memuliakan di antara satu sama yang lain.

“Kerana lita’aarafu itu mengiktiraf wujudnya kepelbagaian, wujudnya kemajmukan untuk kenal dan saling menghormati, bukan toleransi sahaja tetapi untuk kita kenal dan hormat perbezaan dalam kepelbagaian yang di tunjukkan oleh Premier Sarawak (Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg) kita.

“Terima kasih dan ini juga akan menjadi tonggak di Sarawak serta kita berharap akan kukuh di negara MADANI di Malaysia ini,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Seminar Antarabangsa Imam As-Syafie di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini pada Khamis.

Sementara itu, Anwar berkata, usaha untuk meneroka ilmu dan teknologi baharu tidak harus terbatas dengan khazanah ilmu kemanusiaan yang diperoleh di peringkat awal kehidupan.

“Seperti yang saya sebutkan dalam konvensyen baru-baru ini di Kuala Lumpur, Sarawak kini mendepani dalam beberapa hal pembangunan, ekonomi, teknologi, digital dan tenaga hijau.

“Dengan itu pada hari ini kita juga menyaksikan kesediaan pimpinan Sarawak untuk mengekalkan satu aspek penting dalam negara MADANI, negeri harus makmur, maju tetapi harus berakar keyakinan,” ujar beliau.

Turut hadir, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Timbalan Menteri Utitli dan Telekomunikasi (Utiliti) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, dan Mufti Sarawak, Datu Kipli Yassin.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan