Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
SHAH ALAM, 29 Mei — Orang ramai berpusu-pusu ke sebuah pasaraya di Seksyen 9 Shah Alam hari ini untuk membeli barangan keperluan harian ekoran pengumuman pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh atau “lockdown” selama 14 hari bermula 1 Jun. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Sarawak PKP: Senarai Penuh Premis, Aktiviti Peruncitan Yang Dibenarkan Beroperasi

ByEekbal Yusuf

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak menerbitkan garis panduan terperinci untuk menerangkan jenis-jenis perkhidmatan dibenarkan untuk beroperasi semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), yang bermula 29 Mei hingga 11 Jun.

Antara premis atau aktiviti peruncitan yang dibenarkan termasuk kedai runcit serbaneka keperluan harian, pasar raya dan gedung beli-belah (hanya premis bahagian rantaian barangan keperluan dan makanan sahaja).

Aktiviti peruncitan lain yang dibenarkan beroperasi adalah pasar awam, pasar basah, pasar borong, pasar tani dan pasar tamu di bawah seliaan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan hanya melibatkan penjualan makanan dan bahan mentah.

Selain itu, kedai perkakasan (hardware), elektrik dan elektronik (baiki sahaja); pembungkusan dan pencetakan (surat khabar, poster); penjagaan kesihatan (penjagaan ibu bersalin dan selepas bersalin); penjualan, penyelenggaraan dan pembaikan automotif (bengkel pembaikan motosikal dan kereta) turut dibenarkan beroperasi.

Turut dibenarkan beroperasi kedai kesihatan dan keselamatan (peralatan farmasi, kesihatan dan keselamatan); klinik haiwan, kedai haiwan peliharaan (makanan haiwan ternakan), produk pertanian (penjualan racun/baja) dan kedai alatan pembungkusan dan tapau.

Bagi restoran kedai makan, bistro, kafe, kebenaran beroperasi hanya secara bawa pulang, pandu lalu, penghantaran sahaja.

Sementara itu, bagi perniagaan yang tidak dibenarkan beroperasi sepanjang PKP pula, ia termasuk kedai makan di rumah, kedai cermin mata dan gedung serba-serbi atau departmental store (selain bahagian rantaian makanan).

Begitu juga dengan gerai barang niaga dalam tamu dan pasar (pakaian, kraftangan dan lain-lain); kedai serbaneka seperti 100%, DIY, Supersave dan lain-lain, serta premis pinjaman wang berlesen dan pajak gadai.

Turut tersenarai tidak dibenar beroperasi adalah kedai telefon (penjualan telefon, reload, aksesori); kedai gunting rambut, salon dan pusat kecantikan; kedai menjual aksesori kereta atau cuci kereta; dan perkhidmatan kawalan makhluk perosak.

Kedai kain, kedai perabot, kedai dobi termasuk layan diri serta lain-lain sektor atau aktiviti peruncitan yang tidak ada dalam senarai aktiviti dibenarkan juga tidak dibenarkan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan