Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik tiba di Seminar Antarabangsa Imam As-Syafie di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini hari ini. Foto: Faitullah Morni (TVS).

Perpaduan jadikan Sarawak relevan amal sifat ‘wasatiyyah’ – Abang Johari

ByAkma Salleh

KUCHING, 18 Mei: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan Sarawak relevan untuk mengamalkan sifat wasatiyyah (sederhana) bersandarkan negeri ini memiliki perpaduan dan masyarakat yang majmuk.

Beliau berkata sekiranya diselami sifat tokoh atau ulama terkenal, Imam As-Syafie, sifat positif itu amat sesuai menggambarkan keharmonian di Sarawak.

“Kalau kita tinjau sejarah Mazhab As- Syafi’i yang telah bertapak di nusantara sejak kedatangan Islam ke nusantara sekitar abad ke 13 Masihi, ia kekal relevan sehingga ke hari ini dalam menangani isu-isu hukum yang timbul dalam masyarakat.

“Metodologinya yang bersifat wasatiyyah (sederhana) sangat sesuai dengan keadaan di Sarawak khususnya yang mempunyai masyarakat majmuk yang berbilang bangsa dan agama.”

“Berpegang dengan satu mazhab tanpa meminggirkan pandangan dalam mazhab lain dalam perkara hukum dapat menguatkan perpaduan dan membawa kepada kemajuan masyarakat.

“Inilah yang menjadikan pendekatan Mazhab As- Syafi’i ini relevan kerana masyarakat mendapat panduan hukum yang jelas dengan disiplin yang tinggi dan berhikmah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Seminar Antarabangsa Imam As-Syafie yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini pada Khamis.

Abang Johari dalam masa sama turut menyeru orang ramai untuk memanfaatkan seminar seumpama itu bagi meningkatkan ilmu dan kefahaman terhadap ajaran Islam yang benar dan seterusnya menjadi landasan kepada kehidupan yang harmoni dan maju.

“Saya mengajak semua menjaga perpaduan kerana perpecahan disebabkan isu perkauman hanya akan merugikan kita dan mengganggu usaha (pembangunan) yang sedang giat kita laksanakan,” tegasnya.

Turut hadir, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Timbalan Menteri Utitli dan Telekomunikasi (Utiliti) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, dan Mufti Sarawak, Datu Kipli Yassin. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan