Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Naib Canselor UNIMAS Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi dan Rektor STKIP Persada Khatulistiwa Didin Syafruddin menandatangani dokumen MoU pada Majlis Perasmian Hari Terbuka Fakulti Bahasa dan Komunikasi 2023 di UNIMAS, Kota Samarahan, semalam. Foto: Awang Azmil (TVS)

MoU UNIMAS dan STKIP kukuhkan penyelidikan dan penerbitan

BySalasiah Safian

KOTA SAMARAHAN, 18 Mei: Memorandum persefahaman (MoU) antara Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FLC) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Sekolah Tinggi Keguruan dan Ilmu Pendidikan Persada Khatulistiwa (STKIP) diteruskan dengan beberapa pembaharuan.

Dekan FLC Profesor Dr Ambigapathy Pandian berkata, antara yang difokuskan termasuk penyelidikan, penerbitan dan pertukaran staf pentadbiran.

Penyelidikan akan memfokuskan kepada bidang bahasa dan komunikasi namun pihaknya juga menjemput fakulti lain untuk mengadakan penyelidikan dalam bidang sains dan komputer, katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Perasmian Hari Terbuka Fakulti Bahasa dan Komunikasi 2023, di sini, semalam.

Menurutnya, UNIMAS juga telah mengadakan MoU seumpamanya dengan universiti-universiti lain di Indonesia.

Sementara itu, Pengerusi STKIP Dr. Doktorandus Yoseph Antonius Titus berkata, MoU yang ditandatangani itu akan mengukuhkan lagi program program yang telah dirancang.

Satu perkara yang dibincangkan ialah mengenai budaya serumpun di antara Malaysia dan Indonesia.

Katanya, program seperti itu berupaya membantu mengekalkan budaya masing-masing sehinggalah ke generasi akan datang.

“Apabila kita saling memahami, kita lebih mudah untuk memeterai MoU dan pada masa akan datang kita akan dapat melakukan sesuatu untuk bangsa dan negara kita bersama.

“MoU ini adalah lanjutan daripada MoU yang lepas namun kali ini ia ditambah dengan beberapa program tertentu. Jika dulu kita tidak terfikir berkenaan penjaminan mutu, namun kini kita melihat kepada perkara itu,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan