Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lofrenska dan Tonnia ketika ditemu bual TVS pada Jumaat. Foto: Faitullah Morni (TVS)

Dara Kenyalang: Kesungguhan Tonnia pupuk inspirasi kaum wanita

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 16 Mei: Tidak siapa menduga gadis ini pernah diselubungi perasaan tidak yakin terhadap kemampuannya untuk menyertai pertandingan ratu cantik disebabkan memiliki ukuran tubuh yang berbeza dengan peserta lain.

Namun kesungguhan Tonnia Kisi yang nekad mengurangkan berat badan akhirnya membawa hasil setelah berjaya merangkul gelaran Miss Inspiration Dara Kenyalang 2023 yang lalu.

Steffy Sharon dinobat ratu Dara Kenyalang. Foto: Dara Kenyalang.

“Apabila saya menyertai uji bakat Dara Kenyalang, saya sejujurnya berasa tidak yakin dengan diri saya. Saya sendiri pernah dikritik oleh orang ramai mengenai berat dan bentuk badan saya.

“Apa yang saya lakukan sepanjang program ini berlangsung, saya akan bersenam ketika masa lapang dan mengamalkan pemakanan yang sihat. Saya juga memberitahu diri saya, jika bukan sekarang, bila lagi saya akan menurunkan berat badan saya?,” katanya ketika ditemu bual TVS pada Jumaat.

Menurutnya, ratu cantik, Dewi Liana Seriestha merupakan antara insan istimewa yang menginspirasikan beliau untuk menyertai Dara Kenyalang.

“Saya juga merupakan salah seorang wanita berbangsa Bidayuh di Bau, begitu juga dengan Dewi. Jadi saya ingin menjadi seperti Dewi dan mengangkat komuniti kami di mata dunia,” ujarnya.

Peserta Dara Kenyalang yang menang, Lofrenska Fezzie (kiri) pemenang ketiga, tempat pertama adalah Steffy Sharon (tengah), tempat kedua adalah Noor Dearie (kanan). Foto: Dara Kenyalang.

Dalam pada itu, walaupun tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam menyertai pertandingan ratu cantik, pemenang tempat ketiga Lofrenska Fezzie berkata penyertaannya dalam program realiti itu telah memberi pendedahan kepada dirinya mengenai diversiti di Sarawak dan industri hiburan.

“Penyertaan ini amat bermakna buat saya dan selepas tamatnya program ini, saya berasa gembira dan lega kerana saya boleh memberi tumpuan kepada perkara lain seperti kehidupan peribadi saya dan pengajian saya di tahun akhir.

“Sepanjang penyertaan saya dalam Dara Kenyalang, cabaran paling sukar bagi saya adalah cabaran lakonan kerana saya perlu berlakon di hadapan kamera buat pertama kali. Saya juga mengakui saya belum barjaya mencipta identiti saya sendiri,” jelasnya.

Walaupun begitu, Lofrenska sering meluangkan masa berlatih untuk meningkatkan lagi serak geri jalannya sambil memerhatikan orang ramai disekitarnya.

Dalam masa sama kesemua pemenang Dara Kenyalang sebulat suara bersetuju agar program itu diteruskan pada masa hadapan sebagai usaha mengangkat martabat wanita Bumi Kenyalang.

Mereka juga berharap agar peserta akan datang dapat tampil dengan lebih bersedia tanpa perlu memikirkan ‘beauty standard’ pada masa kini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan