Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Peningkatan kekerapan penerbangan ke Sarawak mewujudkan persaingan sihat antara syarikat penerbangan. Foto hiasan: Faitullah Morni (TVS)

DUN Sarawak: Pertambahan penerbangan ke Sarawak, harga tiket lebih kompetitif – Dr Jerip

ByDouglas Elliot

KUCHING, 16 Mei: Pelbagai libat urus dijalankan Kementerian Pengangkutan Sarawak dengan pihak Persekutuan, syarikat penerbangan dan pemain industri pelancongan membuahkan hasil susulan peningkatan jumlah penerbangan ke Sarawak.

Timbalan Menteri Pengangkutan (Udara dan Darat) Sarawak, Datuk Dr Jerip Susil berkata peningkatan kekerapan penerbangan mewujudkan persaingan sihat antara syarikat penerbangan.

Menurutnya, langkah itu mungkin disusuli dengan harga tiket penerbangan lebih berpatutan dan kompetitif.

“Penerbangan dari Singapura, Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam dan Kuala Lumpur ke Kuching kini bertambah. Kekerapan penerbangan dalam Sarawak dari Kuching ke Sibu, Bintulu dan Miri juga meningkat,” katanya.

Beliau menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa Yap Yau Sin pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini, hari ini.

Sejajar dengan matlamat untuk menambah penerbangan masuk, Dr Jerip berkata lagi Kerajaan Sarawak kini giat mengembalikan penerbangan terus ke China. 

AirAsia akan memulakan penerbangan terus Kuching-Jakarta bermula 15 Jun depan.

“Sejak pembukaan sempadan antarabangsa pada tahun lepas, MOTS telah bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan Malaysia serta pemain industri pelancongan untuk mengembalikan penerbangan ke Sarawak,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata jumlah penerbangan mingguan ke Sarawak kini adalah 488, merangkumi 41 penerbangan antarabangsa dan 447 penerbangan domestik.

Beliau berkata dengan peningkatan kekerapan penerbangan dikendalikan oleh lebih banyak syarikat penerbangan, ia akan mewujudkan persaingan sihat yang akan membawa kepada harga tambang yang lebih murah dan kompetitif. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan