Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
UNIMAS menganjurkan Program Putreach One Step Ahead di Sekolah Menengah Kebangsaan Simanggang Sri Aman baru-baru ini. Foto: UNIMAS

UNIMAS beri inspirasi kepada pelajar SMK Simanggang lanjut pelajaran

ByConnie Grace

SRI AMAN, 17 Mei: Persatuan Mahasiswa Fakulti Ekonomi dan Perniagaan (PERFEP) dengan tajaan bersama Pusat Pembangunan Pelajar, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menganjurkan Program Putreach One Step Ahead (OSA) kali kelima di Sekolah Menengah Kebangsaan Simanggang Sri Aman baru-baru ini.

PERFEP berkata, program itu bertujuan memberi inspirasi kepada pelajar di luar bandar agar berusaha mencapai kecemerlangan akademik dan meneruskan pendidikan tinggi di universiti atau kolej teknikal sebagai langkah ke arah memulakan usaha masa depan mereka.

Aktiviti berkumpulan yang dijalankan semasa Program Putreach One Step Ahead (OSA) di Sekolah Menengah Kebangsaan Simanggang Sri Aman. Foto: UNIMAS

‘Melalui aktiviti yang dianjurkan dan keseronokan yang dikongsi, ia merupakan program yang PERFEP percaya dapat memberi inspirasi kepada pelajar sekolah untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dan atas dasar itu, program ini akan terus dianjurkan setiap tahun di sekolah yang berbeza,” katanya menerusi kenyataan.

Kejayaan OSA pertama yang dianjurkan pertama kalinya di SMK Simunjan No.1 pada 2019 lalu turut mendorong PERFEP untuk menjadikanya sebagai acara tahunan.

Pada program berkenaan, kira-kira 120 pelajar Tingkatan 6 SMK Simanggang serta fasilitator 74 pelajar Program Sarjana Muda Fakulti Ekonomi dan Perniagaan (FEB) menghadiri program itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan