Pilihan raya pusingan pertama berakhir dengan tiada calon yang berjaya melepasi jumlah undian 50 peratus yang diperlukan, tetapi Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan kini mendahului, kata ketua majlis itu, Ahmet Yener, lapor Agensi Anadolu.
Beliau berkata peratusan keluar mengundi sebanyak 88.92 peratus manakala peratusan pengundi luar negara sebanyak 52.69 peratus.
Erdogan, yang bertanding atas tiket Perikatan Rakyat dicabar calon yang mewakili parti pembangkang Kemal Kilicdaroglu.
Pada pusingan pertama Erdogan mendapat 49.51 peratus undian dan Kilicdaroglu memperoleh 44.88 peratus.
Seorang lagi calon Sinan Ogan dari Perikatan ATA (Ancestral) sekadar mendapat 5.17 peratus.
Pilihan raya penentu akan menyaksikan persaingan antara Erdogan dan Kilicdaroglu. -TVS