Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud. Foto: JaPen

Tun Taib puji kejayaan Kerajaan Sarawak tarik pelaburan menerusi ekonomi baharu

ByDouglas Elliot

KUCHING, 15 Mei: Kejayaan kerajaan menarik banyak pelaburan ke Sarawak menerusi ekonomi baharu berasaskan teknologi hijau mendapat pujian Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Menurutnya, ekonomi baharu yang merupakan insiatif Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merupakan strategi yang mampu meningkatkan ekonomi dan pendapatan Sarawak.

@tvstvmy

Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud puji kejayaan Kerajaan Sarawak tarik pelaburan menerusi ekonomi baharu. Layari www.tvstv.my & tonton TVS di saluran 122 Astro & MYTV. #TVS122 #TVSNews #Sarawak #PersidanganDUN #TrendingNewsMalaysia #BeritadiTiktok

♬ original sound – TVS News – TVS News

“Saya juga menyambut baik usaha Kerajaan Sarawak meningkatkan penyelidikan dan pembangunan ke atas sumber asli Sarawak. 

“Perniagaan karbon dan penyelidikan oleh Pusat Biodiversiti Sarawak telah menghasilkan sumber ekonomi baharu yang akan menggandakan bukan sahaja pendapatan Sarawak tetapi bakat anak-anak Sarawak khusus dalam bidang perkhidmatan dan kesihatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena pembukaan Persidangan Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19 di sini, hari ini.

Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama para pemimpin negeri. Foto: JaPen

Beliau turut mengucapkan syabas kepada Kerajaan Sarawak kerana berjaya memulihkan ekonomi yang terkesan akibat COVID-19.

Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang telah banyak membantu rakyat yang terkesan.

“Saya yakin melalui Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030, Sarawak akan menjadi ekonomi maju menjelang 2030.

“Banyak inisiatif pembangunan strategik seperti ekonomi digital telah melonjakkan ekonomi Sarawak,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan