Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isterinya, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib serta Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis Perasmian Pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak. Foto: UKAS

MA63: Tun Taib seru Kerajaan Persekutuan selesaikan segera tuntutan Sarawak

ByDouglas Elliot

KUCHING, 15 Mei: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menyeru agar Kerajaan Perpaduan menyelesaikan segera tuntutan Sarawak selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC), Perlembagaan Sarawak dan Perlembagaan Persekutuan.

Beliau juga berharap Kerajaan Perpaduan terus melaksanakan pembangunan di Sarawak ke arah meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan dan pendidikan, membangun infrastruktur asas, menjaga kebajikan Sarawak dan meningkatkan tahap keselamatan sempadan.

“Saya yakin hubungan erat Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan akan terus membawa banyak kebaikan kepada rakyat,” katanya berucap sempena pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini, hari ini.

Menurutnya, beliau gembira dengan sokongan Gabungan Parti Sarawak pimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Kerajaan Perpaduan telah dapat dibentuk di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Pilhan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Dalam pada itu, Tun Taib turut menyentuh mengenai Sambutan Ulang Tahun Ke-60 Kemerdekaan Sarawak pada Julai ini, justeru beliau menyeru rakyat untuk bersama-sama meraikannya.

“Sejak 60 tahun banyak keiayaan telah kita capai dari segi ekonomi, politik dan sosial. Marilah kita sama-sama meraikan ulang tahun ke-60 Kemerdekaan Sarawak bagi menghargai sumbangan para pejuang kemerdekaan Sarawak,” katanya.

Beliau menyifatkan tema sambutan, ‘Sarawak Maju Makmur’, sebagai bertepatan dengan pembangunan ekonomi dan sosial dinikmati Sarawak pada masa ini.

Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak Ke-19 akan berlangsung selama lapan hari bermula hari ini hingga 24 Mei ini.

Antara lain, ia akan membentangkan tiga rang undang-undang (RUU) termasuk RUU Perbekalan Tambahan (2022) 2023, RUU Perbekalan Tambahan (2023) 2023 dan RUU Majlis Kraftangan Sarawak 2023. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan