Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berucap pada Bicara Rakyat sempena Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hari ini. Foto: Bernama

Dua pendekatan noktahkan miskin tegar – Nancy

BySalasiah Safian

KUALA LUMPUR, 14 Mei: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan melaksanakan dua pendekatan bagi memperkasakan ekonomi rakyat sekali gus menjadi usaha untuk menoktahkan kemiskinan tegar di Malaysia.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pendekatan pertama ialah melalui penyediaan latihan kemahiran, ilmu pengetahuan serta kepimpinan kepada belia supaya dapat menyiapkan diri dalam arena pekerjaan dan dunia perniagaan.

Kata beliau, kerajaan juga menyediakan kemudahan pinjaman mikro dan latihan celik kewangan serta digital kepada setiap lapisan masyarakat.

“Ini kerana aspek pendigitalan amat penting pada masa kini serta terbukti semasa Pandemik COVID-19 yang menyaksikan para pemain industri terutamanya dalam bidang perniagaan memerlukan platform itu untuk memasarkan jualan mereka.

“Kita juga perlu mengenal pasti faktor yang menghalang peluang perusahaan dan sara hidup di pelbagai kawasan kerana setiap kawasan berdepan masalah berbeza” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023, di sini hari ini.

Sementara itu, Nancy turut menyarankan agar kerajaan meneruskan program Adopt A-Village kerana dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat di kawasan kampung.

Katanya, salah satu inisiatif kerajaan adalah dengan menyediakan kemudahan internet di kawasan luar bandar yang sekali gus membantu masyarakat luar bandar mengembangkan pasaran pertanian mereka ke seluruh dunia.

Pendekatan yang kedua pula yang dilaksanakan kata Nancy ialah dengan memperkasakan ekonomi wanita.

“Memandangkan populasi wanita ialah seramai 15.4 juta atau bersamaan dengan 47.7 peratus keseluruhan penduduk Malaysia, maka sangat penting untuk melibatkan wanita dalam mengembangkan ekonomi,” ujarnya.

Tegasnya, adalah penting untuk memastikan wanita dilengkapkan sepenuhnya dengan ilmu pengetahuan, kemahiran, ilmu perniagaan dan juga sifat kepimpinan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan