Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada Konvensyen Nasional Kerajaan Persekutuan di Kuala Lumpur hari ini. Foto Bernama.

Abang Johari gesa Kerajaan Persekutuan fokus ekonomi baharu untuk pacu Malaysia

ByAkma Salleh

KUCHING, 14 Mei: Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mencadangkan supaya Kerajaan Persekutuan segera melaksanakan reformasi ekonomi bagi membangunkan Malaysia.

Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu berkata, berdasarkan perkembangan global, Malaysia tidak boleh lagi bergantung kepada kaedah pembangunan ekonomi yang biasa.

Fokus ekonomi baharu untuk pacu Malaysia.

Dalam soal ini kata beliau, Sarawak akan turut memainkan peranan dalam rangka pembangunan negara supaya Malaysia setanding dengan negara jiran.

“Ianya mesti berasaskan ekonomi baharu dan kita mesti melangkah ke arah ekonomi mampan (yang memberi tumpuan) kepada tenaga boleh diperbaharui yang berteraskan kebolehan anak Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen petang ini.

Turut hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin 19 parti politik yang membentuk Kerajaan Perpaduan.

Sementara itu, Abang Johari yang juga Premier Sarawak turut menarik perhatian Kerajaan Persekutuan untuk menyegerakan pembangunan Sarawak disebabkan beberapa faktor.

“Kita berdepan dengan banyak cabaran khususnya dalam persaingan dengan negara jiran.

“Kami di Sarawak berhadapan dengan Kalimantan (kerana) Nusantara ( ibu negara baharu Indonesia) akan ditempatkan di situ,” katanya.

Berikutan perkembangan berkenaan, Abang Johari berkata, beliau berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana meluluskan peruntukan besar untuk pembangunan sempadan di Kalimantan.

“Biarlah Tebedu (Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin ICQ) itu tahapnya setimpal dengan Entikong (Pos Lintas Batas Entikong dan Aruk, Kalimantan Barat, Indonesia). Jangan kita di belakang, Kalimantan pula di hadapan,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan