KUCHING, 14 Mei: Seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) cedera digigit oleh seekor anjing ketika bertugas malam tadi.
Menurut APM Sarawak, akibat serangan itu, petugas berkenaan mengalami kecederaan di bahagian lengan.
Jelas APM, ketika kejadian di Jalan Kuching – Bau pada pukul 10.45 malam itu, anggota berkenaan sedang membantu seorang wanita yang mengadu sakit pada bahagian perut.
“Secara tiba – tiba muncul seekor anjing dari arah belakang mangsa yang bertindak agresif apabila menyerang serta menggigitnya,” kata APM Sarawak menerusi kenyataan media hari ini.
Baca berita berkaitan:
- 1. Kerajaan Sarawak akan mewajibkan vaksinasi anti-rabies – Rundi
- 2. Satu lagi kematian akibat rabies di Sarawak
- 3. Vaksin anjing peliharaan setahun sekali, bendung wabak rabies – Dr Sim
Susulan itu, anggota berkenaan mengalami luka pada bahagian lengan dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut. -TVS