Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Malaysia Catat 8,290, Angka Tertinggi Sejarah Covid-19 Negara

ByLuqman Muhammad

KUCHING: Jumlah kes baharu Covid-19 di Malaysia terus menunjukkan peningkatan ketara apabila 8,290 kes direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas.

Jumlah tersebut meningkat sebanyak 433 kes berbanding 7,857 semalam.

Selangor kekal menjadi negeri dengan kes harian tertinggi sebanyak 2052 kes diikuti Kuala Lumpur 830 kes, Johor 762 kes dan Sarawak 698 kes.

Pecahan Kes Mengikut Negeri:

Di sarawak 57.45 peratus daripada jumlah kes direkodkan dikesan di daerah sibu, miri dan kuching.

Jumlah keseluruhan kes di sarawak kini meningkat kepada 45,436.

Daerah-daerah di sarawak yang merekodkan kes pada Jumaat:

Sibu(159)
Miri (125)
Kuching (117)
Bintulu (43)
Lubok Antu (39)
Bukit Mabong (35)
Kapit (33)
Samarahan (29)
Sri Aman (27)
Betong (16)
Sarikei (16)
Kanowit (11)
Song (9)
Subis (7)
Selangau (6)
Mukah (4)
Meradong (4)
Julau (3)
Tatau (3)
Daro (2)
Saratok (2)
Belaga (2)
Sebauh (2)
Beluru (2)
Pakan (1)
Dalat (1)

Daripada 698 kes baharu yang dilaporkan, seramai 69 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan Covid-19 semasa saringan dijalankan.

Manakala, seramai 513 orang adalah terdiri daripada individu yang telah diberi arahan perintah kuarantin.

Dalam pada itu, 4 kes kematian baharu melibatkan jangkitan Covid-19 turut dilaporkan dan ini menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan Covid-19 di Sarawak telah meningkat kepada seramai 276 orang.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan