Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
MoU pertama ditandatangani oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dan Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan Wilayah Fujian China, Lin Xiangdong. Foto: Akma Salleh (TVS)

Sarawak tandatangani MoU perkukuh kerjasama dengan Wilayah Fujian, China

ByAkma Salleh

KUCHING, 13 Mei: Kerajaan Sarawak telah menandatangani dua Memorandum Persefahaman (MoU) untuk mengukuhkan kerjasama dalam pelbagai bidang dengan Wilayah Fujian, China.

Majlis menandatangani MOU itu berlangsung di Wisma Bapa Malaysia hari ini yang disaksikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hadir menyaksikan Majlis Menandatangani MoU membabitkan Kerajaan Sarawak dengan Wilayah Fujian, China hari ini. Foto: Akma Salleh (TVS)

Delegasi Wilayah Fujian diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Fujian, Zhou Zyui.

MoU pertama ditandatangani oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dan Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan Wilayah Fujian China, Lin Xiangdong.

MOU itu bertujuan membentuk kerjasama bidang pelancongan, budaya dan seni yang strategik selain mewujudkan lebih banyak peluang pelancongan membabitkan Sarawak dengan Fujian.

Sarawak, China perkukuh kerjasama dua hala.

Sementara itu, MOU kedua pula ditandatangani oleh Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Datuk Wee Hong Seng membabitkan pertukaran dan kerjasama dengan Bandar Quanzhou.

Sebelum ini, MBKS dan Bandaraya Quanzhou menandatangani perjanjian menjadi bandar persahabatan.

Antara persetujuan yang ingin dicapai menerusi MoU berkenaan termasuklah mengukuhkan ekonomi dan perdagangan, menggalakkan pertukaran budaya seperti penganjuran pameran antara muzium di kedua dua bandar serta memajukan bidang pendidikan.

Turut hadir, Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan