Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mohamad Safri merakam kenangan bersama ahli pengangkap lain di Majlis Penganugerahan Sijil dan Bar Peringatan 100 Tahun Pengakap Sarawak di Limbang. Foto: TVS.

Cuaca panas tidak halang pengakap turun padang bantu masyarakat – Safri

LIMBANG, 13 Mei: Cuaca panas yang melanda ketika ini tidak menghalang Majlis Pengakap Sarawak untuk terus turun padang membantu masyarakat

Timbalan Yang Dipertua Majlis Pengakap Sarawak Dato’ Mohamad Safri Abdillah berkata pihaknya di seluruh daerah sentiasa bersedia dan bersiap siaga membantu dalam pelbagai program sekiranya diperlukan.

Bagaimanapun katanya pihaknya juga akur dengan segala nasihat ataupun saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhubung untuk menghentikan segala program luar susulan cuaca panas pada masa ini.

“Setakat ini cuaca panas yang melanda negara pada masa ini belum lagi menjejas sebarang aktiviti pengakap.

“Moto kita adalah sentiasa bersiap sedia, sentiasa bersiap siaga walaupun cuaca panas, kami akan sentiasa bersedia sekiranya diperlukan khidmat kami untuk membantu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penganugerahan Sijil dan Bar Peringatan 100 Tahun Pengakap Sarawak di Limbang pada Jumaat.

“Selagi tiada amaran dan juga nasihat daripada KKM dan KPM untuk memberhentikan aktiviti, kami akan teruskan sekiranya suhu meningkat terlampau tinggi kami akan akur kepada saranan pihak KKM,” katanya.

Turut sama Ketua Pesuruhjaya Pengakap Sarawak Kapten Zainuddin Tan Sri Hamdan dan Pesuruhjaya Pengakap Daerah Limbang Ustaz Abdul Malik Deni.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan