Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Perpaduan Negara menyasarkan untuk mencipta rekod kebangsaan pada SMP 2023 peringkat nasional di Kuching, Sarawak yang bermula pada 20 Mei ini. Foto: TVS.

Kementerian Perpaduan sasar cipta rekod himpun paling ramai memakai pakaian etnik pada SMP 2023

ByBernama

KUALA LUMPUR, 13 Mei: Kementerian Perpaduan Negara menyasarkan untuk mencipta rekod kebangsaan dengan menghimpunkan sekurang-kurangnya 1,000 orang memakai pakaian pelbagai etnik pada Sambutan Minggu Perpaduan 2023 (SMP 2023) peringkat nasional di Kuching, Sarawak yang bermula pada 20 Mei ini.

Setiausaha Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa Kementerian Perpaduan Negara Mohamad Sobri Mat Daud berkata program itu adalah sebahagian daripada pengisian persempena dengan sambutan itu.

Baca artikel berkaitan:

  1. 1. Agong akan rasmi sambutan Minggu Perpaduan Negara di Kuching
  2. 2. Parlimen: Perdana Menteri akan lancarkan Minggu Perpaduan Negara di Sarawak

“Kita akan susun mereka di Jambatan Darul Hana dan kita akan cuba cipta satu rekod yang belum pernah dicipta sebelum ini,” katanya ketika menjadi tetamu rancangan Ruang Bicara bertajuk “Sambutan Minggu Perpaduan 2023” terbitan Bernama TV malam tadi.

Beliau berkata sambutan itu juga akan turut melibatkan pameran dari pelbagai agensi dan kementerian seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dan Kementerian Komunikasi dan Digital.

“Kita juga ada satu slot informasi di mana kita imbas kembali sejarah kemerdekaan negara. Jabatan Muzium Negara juga akan ada satu slot menunjukkan permainan tradisional. Jadi generasi muda boleh mencuba pelbagai permainan tradisional,” katanya.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dijadual merasmikan majlis pembukaan SMP 2023 peringkat nasional itu di Tebingan Sungai Kuching, Sarawak pada 21 Mei.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan barisan Kabinet turut dijangka hadir pada majlis sambutan berkenaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan