Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyaksikan penyerahan zakat daripada Senari Synergy yang diwakili Pengarah Urusan Kumpulan Senari Synergy, Jefri Ahmad Tambi (dua dari kiri) kepada wakil Tabung Baitulmal Sarawak, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datuk Misnu Taha (dua dari kanan). Foto: Aziz Soleh (TVS)

Permata Synergy, sinar pendidikan anak-anak miskin tegar di Kuching

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 12 Mei: Anak-anak daripada golongan miskin tegar di sekitar Kuching akan berpeluang menikmati akses pendidikan mereka menerusi Program Permata Synergy di bawah Senari Synergy.

Pengarah Urusan Kumpulan Senari Synergy, Jefri Ahmad Tambi berkata program tersebut melibatkan 10 orang kanak-kanak bagi setiap kumpulan yang berusia antara lima hingga 12 tahun.

Permata Synergy perkasa pendidikan anak-anak miskin tegar

“Kita melihat kepada kanak-kanak daripada golongan B40, kanak-kanak yang ditawarkan, yang kematian sama ada ibu atau bapanya dan juga ibu bapa kanak-kanak yang tiada pendapatan.

“Kita bantu anak-anak ini dengan memberi bantuan kewangan setiap bulan dan kita juga berikan kelas-kelas tutorial terutamanya subjek Sains, Matematik, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam dan Fardu Ain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia, di sini hari ini.

Kunjungan hormat itu turut menyaksikan Senari Synergy telah menyerahkan zakat bernilai RM220,000 kepada Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) sebagai antara sumbangan daripada Senari Synergy kepada TBS.

Sebahagian daripada wang itu juga katanya, akan digunakan untuk melaksanakan Program Permata Synergy.

“Kita sudah mula melaksanakan program ini dari tahun 2016 lagi.

“Sekarang kita ambil masuk enam kanak-kanak baharu bagi mencukupkan bilangan 10 orang bagi satu kumpulan,” jelasnya.

Senari Synergy Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat pemegang pelaburan yang telah diperbadankan pada 29 Julai 2010 yang menumpukan kepada industri berkaitan minyak dan gas petroleum serta perniagaan minyak sawit.

Pemegang saham ialah Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA), Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS), Yayasan Sarawak dan Assar Industri Sdn Bhd. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan