Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mayat mangsa ditemui selepas dilaporkan hilang sejak semalam. Foto: JBPM

Nelayan hilang semalam ditemui lemas pagi tadi

ByTVS

SANDAKAN, 12 Mei: Seorang nelayan yang dilaporkan hilang selepas keluar menangkap ikan di perairan Pulau Bankawan semalam ditemui lemas kira-kira 1 kilometer dari lokasi asal mangsa dilaporkan hilang.

Menurut Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah, mangsa, Asmin Lasait, 45, ditemui pada pukul 10.10 pagi tadi oleh orang awam yang menyertai pasukan mencari dan menyelamat (SAR) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim).

Menurut sumber, mangsa dipercayai pergi ke jeti sekitar pukul 5 pagi pada Khamis menuju ke perairan Pulau Bankawan untuk menangkap ikan dan sepatutnya pulang pada hari yang sama.

Bagaimanapun, bot mangsa dijumpai oleh penduduk kampung tanpa pengemudi di perairan pulau tersebut pada pukul 1 petang hari yang sama.

Orang kampung terdahulu telah berusaha mencari mangsa namun gagal sejurus itu operasi SAR diteruskan sehingga mangsa ditemui pagi tadi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan