Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
(Dari kiri) Menteri Koordinator Bidang Perekonomian Indonesia Airlangga Hartarto, Presiden Bank Pembangunan Asia (ADB) Masatsugu Asakawa, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Indonesia Joko Widodo, Menteri Kewangan Thailand Arkhom Termpittayapaisith, Setiausaha Agung ASEAN Kao Kim Hourn dan Menteri Ekonomi Malaysia Rafizi Ramli menyertai Sidang Kemuncak Segitiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-42, hari ini. Foto: Twitter Anwar Ibrahim

Malaysia mahu teroka kerjasama dengan ADB dalam bidang tenaga dan perubahan iklim

ByBernama

LABUAN BAJO (Indonesia), 11 Mei: Malaysia berharap dapat meneroka kerjasama dengan Bank Pembangunan Asia (ADB) dalam bidang tenaga dan perubahan iklim, terutama pembinaan keupayaan dan bantuan teknikal serta ekonomi hijau.

Hasrat itu disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menerima kunjungan hormat Presiden ADB Masatsugu Asakawa di luar program Sidang Kemuncak ASEAN ke-42 hari ini.

Menurut Anwar, pertemuan itu turut membincangkan kerangka perjanjian kerjasama yang melibatkan sektor swasta dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Asakawa pula menyatakan sokongan kepada sasaran Malaysia untuk menjadi negara bebas karbon menjelang 2050 dan menyatakan ADB akan menerbitkan laporan pelan tindakan mengenai perubahan iklim yang boleh Malaysia teroka peluang kerjasama.

Selain itu, beliau turut berpuas hati dengan kerjasama sedia ada antara Malaysia dan ADB dalam bidang bandar hijau, serta pembiayaan mampan dan hijau bagi perumahan untuk golongan berpendapatan rendah di Malaysia.

ADB juga berharap dapat meningkatkan kerjasama dengan Malaysia melalui Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) dan Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMB-EAGA).

Asakawa turut merakamkan penghargaan ke atas sumbangan Malaysia kepada Dana ADB selama ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan