Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sekurang-kurangnya 12 orang maut manakala tujuh lagi cedera apabila sebuah bas terbalik di sebuah lebuh raya di Pulau Jawa pada Jumaat. Foto: TVS

Lelaki miliki 21 rekod jenayah ditemukan mati disyaki ditembak

ByBernama

KUALA LUMPUR, 11 Mei: Seorang lelaki ditemukan mati disyaki ditembak berhampiran medan selera di Jalan Bandar 1, Pusat Bandar Puchong di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner (ACP) A. Anbalagan berkata, mangsa yang berusia 31 tahun sebelum itu dikatakan keluar makan malam bersama beberapa rakannya.

Beliau berkata polis menerima panggilan daripada seorang lelaki tempatan yang memaklumkan menemukan seorang lelaki (mangsa) terbaring berlumuran darah disyaki ditembak dan tidak sedarkan diri berhampiran medan selera itu kira-kira 12.35 tengah malam.

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultan Idris Shah Serdang untuk bedah siasat dan hasil siasatan awal mendapati sebelum kejadian itu, mangsa bersama rakan-rakannya telah pergi makan di medan selera tersebut kira-kira 10 malam (Rabu).

“Selepas makan malam pada 12.35 tengah malam (Khamis), mangsa berjalan kaki menuju ke kenderaan dan secara tiba-tiba dipercayai ditembak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata hasil pemeriksaan mendapati lelaki itu mempunyai 21 rekod jenayah antaranya pernah dihukum di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan, selain pernah ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.

Anbalagan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh manakala motif kejadian masih belum dikenal pasti serta polis masih menjalankan siasatan bagi mengesan suspek. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan