Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kerajaan Sarawak Memperuntukkan RM1.4 Bilion Untuk BKSS 6.0

ByEekbal Yusuf

KUCHING: Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM1.4 bilion di bawah pakej keenam Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) bagi membantu rakyat terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Bersyarat (PKPB).

Menurut Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, ia merangkumi 15 langkah yang 9 daripadanya merupakan langkah pembayaran tunai dan 6 lagi langkah pemberian diskaun.

“Saya berharap langkah-langkah dalam Pakej BKSS 6.0 dengan perbelanjaan Kerajaan Sarawak sebanyak RM1.4 bilion termasuklah langkah-langkah yang sedang dalam pelaksanaan sedikit sebanyak dapat  membantu meringankan beban yang ditanggung oleh kita semua ketika melalui waktu yang sukar ini,” katanya pada sidang media khas BKSS 6.0 di sini.

Katanya lagi, kerajaan Sarawak sentiasa memikirkan langkah-langkah yang terbaik dalam melaksanakan inisiatif bagi membantu meringankan beban rakyat selain sentiasa mengutamakan keselamatan dan kesejahteraan semua terus terpelihara.

“Saya bersama dengan rakan-rakan dalam GPS akan terus menyumbang bakti dan memberi khidmat demi Sarawakku Sayang,” tambahnya.

Kerajaan Sarawak sebelum ini telah melaksanakan lima Pakej BKSS yang bernilai lebih daripada RM3.1 bilion telah sedikit sebanyak mengurangkan beban rakyat.

BKSS 6.0 melibatkan pemberian tunai sebanyak RM250 sebulan kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR) B40 untuk tempoh enam bulan mulai 31 Julai hingga 31 Dis 2021 manakala individu bujang B40 yang berumur 21 tahun ke atas akan menerima pembayaran tunai berjumlah RM500 secara ‘one-off’ atau sekali beri mulai 31 Ogos 2021.

“Senarai penerima bantuan adalah berdasarkan pada semua data penerima BKSS B40 sebelum ini termasuklah senarai penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021. Langkah ini akan melibatkan perbelanjaan Kerajaan Sarawak sebanyak RM970 juta dan akan memberi manfaat kepada lebih daripada satu juta penerima,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan