Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan bomba dari BBP Bintulu sedang berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam pacuan empat roda yang terbalik di lokasi kejadian. Foto: BBP Bintulu

Lelaki maut pacuan empat roda dipandu terbalik di Jalan Sibu-Bintulu

BINTULU, 11 Mei: Seorang lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terlibat dalam kemalangan di Kilometer (KM) 10, Jalan Bintulu – Sibu di sini hari ini.

Kemalangan berhampiran sebuah pusat memandu itu menyebabkan kenderaan itu terbalik dan mangsa, Hu Seih Hing, 65, yang tersepit dalam Toyota Hilux miliknya maut di tempat kejadian.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 5 Bintulu, Penguasa Kanan Bomba Wan Kamarudin Wan Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pada pukul 8.09 pagi tadi.

“Setiba di lokasi, komander operasi melaporkan kemalangan melibatkan dua buah kenderaan.Operasi mengeluarkan mangsa dilakukan dengan menggunakan peralatan khas,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Bintulu untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Wan Kamarudin memberitahu, seorang lagi wanita berusia 30 tahun yang memandu kereta Perodua Kenari yang terlibat dalam kemalangan itu hanya mengalami cedera ringan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan