Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bank Negara Malaysia. Foto: Faitullah Morni (TVS).

Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil dengan operasi BNM

ByBernama

KUALA LUMPUR, 11 Mei: Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil hari ini dengan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) akan menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM42.10 bilion dalam sistem konvensional dan RM22.43 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat akan menawarkan dua tender pasaran wang konvensional RM1 bilion, masing-masing bagi tujuh hari dan 14 hari serta tender Program Murabahah Komoditi RM100 juta selama 32 hari.

Bank pusat akan turut menjalankan tiga tender Qard yang terdiri daripada tender RM1.5 bilion untuk tujuh hari, tender RM900 juta bagi 14 hari dan tender RM400 juta selama 21 hari.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu hingga tiga bulan.

Pada 4 petang, bank pusat akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM39.1 bilion dan tender semalaman Murabahah RM18.5 bilion. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan