Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

MBM Bantu Pengusaha Perniagaan Percepat Terima Vaksin

BySteward Dawi

MIRI, MEI 28: Majlis Bandaraya Miri (MBM) akan membantu pengusaha perniagaan  seperti kontraktor, pemegang lesen dan pusat perniagaan mereka untuk mempercepat program vaksinasi COVID-19 untuk pekerja mereka di bawah peraturan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak (MLGH), lapor UKAS.

MBM dalam satu kenyataan media pada jumaat berkata, ini kerana mereka kerap berhubung dengan masyarakat umum dalam urusan jual beli.

“MBM akan menghubungi pengusaha tersebut untuk mendapatkan maklumat mereka dan data yang dikumpulkan akan dihantar ke MLGH untuk tindakan selanjutnya.

“Kontraktor di bawah MBM berdaftar dengan menyediakan pelbagai perkhidmatan, pemilik gerai dan pemegang permit pasar dan tamu serta pusat makanan dan minuman, dan pusat membeli-belah, pasar raya, kedai jabatan, kedai runcit, stesen minyak dan premis berlesen yang lain.

“MBM menggesa pengusaha perniagaan memberikan dokumen dan butiran yang mudah untuk disusun dan diserahkan kepada MLGH,” katanya. 

Tambahnya, pengusaha perniagaan yang mempunyai gejala seperti sukar bernafas dan anosmia (kehilangan bau), harus mengambil langkah berjaga-jaga dengan tidak menghantar anak ke sekolah dan membawa anak mendapatkan rawatan kesihatan terdekat.

“Sekiranya salah seorang daripada ibu bapa atau ahli keluarga kontak rapat dengan kes positif dan dikuarantin Jabatan Kesihatan, ibu bapa dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga dengan tidak menghantar anak ke sekolah dan tunggu sehingga ujian calitan RT-PCR dan kontak rapat tersebut dikatakan negatif sebelum meneruskan untuk menghantar anak ke sekolah,” jelasnya lagi.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan