PHNOM PENH, 10 Mei: Kem pencak silat menceriakan kontinjen negara apabila menyumbangkan tiga pingat emas pada Sukan SEA 2023 di Pusat Konvensyen Chroy Changvar di sini hari ini.
Turun ke gelanggang sebagai pesilat pertama Malaysia dalam aksi final pagi tadi, Norsyakirah Muksin tidak mengecewakan apabila menghadiahkan emas sulung dalam kategori bawah 45 kilogram (kg) Putri selepas menumpaskan wakil Indonesia, Suci Wulandari 36-33.
[TERKINI] Sukan SEA: Pesilat Norsyakirah Muksin menang emas kategori bawah 45kg Putri
Layari https://t.co/EGZMz1UAq9 & tonton TVS di saluran 122 Astro & MYTV.#TVS122 #TVSNews #SEAGames2023 #Cambodia2023 pic.twitter.com/10TclGxEhs
— TVS (@tvstvmy) May 10, 2023
Skuad silat kebangsaan meraih emas kedua menerusi Nor Farah Mazlan setelah lawannya dari Singapura Nadhrah Sahrin dibatalkan penyertaan selepas melanggar peraturan pertandingan ketika pesilat negara kelahiran Sabah itu sedang mendahului 23-16 dalam kategori 45-50kg Putri.
[TERKINI] Sukan SEA: Malaysia raih emas menerusi pesilat Nor Farah Mazlan dalam kategori 45-50kg Putri
Layari https://t.co/EGZMz1UAq9 & tonton TVS di saluran 122 Astro & MYTV.#TVS122 #TVSNews #SEAGames2023 #Cambodia2023 pic.twitter.com/pKGm1gwhAI
— TVS (@tvstvmy) May 10, 2023
Muhammad Izzul Irfan Marzuki pula berjaya meraih pingat emas ketiga Malaysia setelah menumpaskan wakil dari Indonesia, Kadek Andrey Nova Prayada 39-33 dalam kategori 60-65kg Putra.
TERKINI: Sukan SEA 2023: Muhammad Izzul Irfan Marzuki sumbang emas ke-20 negara dalam acara silat kategori 60-65kg Putra.
Layari https://t.co/EGZMz1UAq9 & tonton TVS di saluran 122 Astro & MYTV#TVS122 #TVSNews #SukanSEA2023 #Cambodia2023 pic.twitter.com/uujalkUcxC
— TVS (@tvstvmy) May 10, 2023
Dalam pada itu, dua pesilat Malaysia terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas tumpas kepada lawan masing-masing dalam pertarungan peringkat akhir itu.
Mohd Shahrul Zeckry Sulaiman terpaksa akur dengan kehebatan pesilat Indonesia Iqbal Candra Pratama apabila tumpas 9-53 bagi kategori 70-75kg Putra.
Sementara, Siti Shazwana Ajak tumpas kepada Atifa Fismawati dari Indonesia 35-38 dalam kategori 60-65kg Putri.
Kontinjen negara berpeluang menambah koleksi pingat emas apabila seorang lagi wakil Malaysia Muhammad Robial Sobri akan membuat perhitungan berdepan Sheik Farhan Sheik Alau’ddin dari Singapura pada petang ini bagi kategori 85-90kg Putra. – TVS