Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jualan perdagangan borong dan runcit Malaysia meningkat 12.8 peratus tahun ke tahun kepada RM407.4 bilion pada suku pertama 2023, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia. Foto: Envato

Jualan perdagangan borong, runcit meningkat 12.8 peratus kepada RM407.4 bilion pada suku pertama

ByBernama

KUALA LUMPUR, 10 Mei: Jualan perdagangan borong dan runcit Malaysia meningkat 12.8 peratus tahun ke tahun kepada RM407.4 bilion pada suku pertama 2023, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia.

Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata peningkatan RM46.4 bilion itu disokong oleh subsektor perdagangan runcit yang berkembang RM28.8 bilion atau 19.5 peratus kepada RM176.4 bilion.

“Ini diikuti perdagangan borong yang meningkat 5.5 peratus atau RM9.4 bilion untuk mencecah RM181.1 bilion.

“Subsektor kenderaan bermotor pula berkembang dengan 19.4 peratus atau RM8.1 bilion kepada RM49.9 bilion pada suku tahun ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada Mac 2023, Mohd Uzir berkata jualan perdagangan borong dan runcit meningkat 11.9 peratus tahun ke tahun kepada RM138.5 bilion, disumbangkan oleh subsektor perdagangan runcit yang menyaksikan peningkatan jualan sebanyak 17.7 peratus atau RM8.8 bilion kepada RM58.7 bilion.

“Perdagangan borong turut meningkat sebanyak 7.6 peratus atau RM4.4 bilion kepada RM61.6 bilion. Dalam tempoh sama, (jualan) kenderaan bermotor naik 9.3 peratus atau RM1.5 bilion kepada RM18.2 bilion,” katanya.

Bagi perbandingan bulan ke bulan, katanya jualan perdagangan borong dan runcit naik 3.5 peratus, disokong oleh perdagangan borong dengan pertumbuhan 4.1 peratus, kenderaan bermotor (10.6 peratus) dan perdagangan runcit (0.9 peratus).

Mohd Uzir berkata indeks jualan runcit melalui Internet pada Mac 2023 mencatatkan pertumbuhan 11.7 peratus tahun ke tahun (Februari 2023: 9.4 peratus).

“Bagi nilai pelarasan musim, indeks ini merosot -0.1 peratus berbanding bulan sebelumnya,” katanya.

Dari segi indeks volum, Mohd Uzir berkata perdagangan borong dan runcit pada Mac 2023 mencatatkan pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 9.4 peratus.

“Pengembangan itu disumbangkan oleh perdagangan runcit dengan pertumbuhan dua digit sebanyak 13.8 peratus. Perdagangan borong dan kenderaan bermotor turut mencatatkan pertumbuhan positif, masing-masing 6.7 peratus dan 5.6 peratus.

“Bagi indeks volum pelarasan musim, ia turun -0.9 peratus bulan ke bulan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan