JAKARTA, 10 Mei: Gempa bumi sederhana berukuran 5.4 magnitud menggegarkan wilayah Banten, Indonesia pagi tadi.
Pusat gempa itu dikesan berada pada 78 kilometer (km) di barat laut Banten.
Gegaran pada pukul 11.24 pagi itu turut dirasai di Jakarta dan Bogor.
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia (BMKG) memaklumkan, pusat gempa berada pada kedalaman 10 km.
Sehingga kini belum ada laporan kerosakan dan mangsa terjejas akibat gegaran berkenaan. -TVS