Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim disambut oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo sebaik tiba untuk acara perbincangan dua hala sempena Persidangan Kemuncak Asean 2023 Indonesia di Labuan Bajo pada 9 Mei 2023. - AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri

Anwar hadir pembukaan dan sesi pleno Sidang Kemuncak ASEAN

ByBernama

LABUAN BAJO, 10 Mei: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri pembukaan dan sesi pleno Sidang Kemuncak ASEAN ke-42 2023 pada Rabu, untuk membincangkan beberapa isu kepentingan bersama dengan kumpulan serantau.

Sebanyak lapan ketua kerajaan dari 10 negara anggota ASEAN menyertai sidang kemuncak itu kecuali Myanmar yang tidak dijemput, dan Thailand yang menghadapi pilihan raya pada 14 Mei.

PM hadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-42

Turut hadir Setiausaha Agung ASEAN Jen Dr Kao Kim Hourn dan Perdana Menteri Timor Leste Taur Matan Ruak.

Para pemimpin memulakan pertemuan dua hari mereka untuk membincangkan beberapa isu penting bagi menggalakkan rantau yang lebih kuat dalam mengukuhkan daya tahan ekonomi serantau dan menghadapi cabaran semasa.

Ini selaras dengan tema pengerusi ASEAN pada 2023 iaitu Indonesia, “ASEAN Matters: Epicentre of Growth”. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan