Walaupun pencapaian itu adalah terbaik setakat ini, ia bagaimanapun tidak mengubah kedudukan kem Malaysia yang kekal di kedudukan ketujuh dengan kutipan keseluruhan 15 pingat emas, 15 perak dan 32 gangsa.
Pada saingan hari ini, olahraga menyumbangkan dua emas, dan masing-masing satu daripada acara terjun, renang sertaĀ snuker.
Muhammad Syafiq Puteh menyumbangkan pingat emas pertama Malaysia hari ini apabila mengungguli acara 3 meter (m) papan anjal lelaki, sebelum pelari negaraĀ Shereen Samson Vallabouy danĀ Umar Osman, masing-masing mengungguli acara 400 meter wanita dan lelaki.
Lebih manisĀ apabila UmarĀ mencipta rekod baharu kebangsaanĀ 46.34 saat (s) sekali gus meleburkan rekod lamaĀ 46.41s milikĀ Mohd Zaiful Zainal Abidin,Ā yang dicatat padaĀ Kejohanan Olahraga Remaja AsiaĀ di Brunei pada Julai 2001.
Skuad renang negara pula boleh menarik nafas lega apabila perenang Khiew Hoe YeanĀ menghadiahkan pingat emas sulung bagi Malaysia dalam acara 200m gaya bebas lelakiĀ selepas empat hari acara berkenaan berlangsung diĀ Pusat Akuatik Nasional Morodok Techo di sini.
Pemain snuker negara Moh Keen Hoo melengkapkan pencapaian lima pingat emas Malaysia hari ini, apabila mengungguli acara 6-Red perseorangan lelaki.
Selepas tamat saingan hari ini, menyaksikan Thailand yang sebelum ini berada di tempat ketiga, memintas untuk mendahuluiĀ carta pungutan pingat dengan meraih keseluruhan 40 emas, 30 perak dan 45 gangsa.
Vietnam kekal di kedudukan kedua selepas mengutip 39 pingat emas, 39 perak dan 46 gangsa manakala tuan rumah, Kemboja yang sebelum ini berada di tempat teratas jatuh dua anak tangga di posisi ketiga dengan 39-39-39.