Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Douglas Uggah Embas bersama Datuk Abdullah Saidol, Aidel Lariwoo dan Safiee Ahmad melawat tapak pembinaan Jambatan Muara Lassa dan Batang Paloh, hari ini. Foto: UKAS

Uggah yakin projek Jambatan Batang Paloh dan Muara Lassa siap Disember 2024

BySaibi Gi

PULAU BRUIT, 9 Mei: Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas yakin kontraktor pelaksana dapat menyiapkan pembinaan Jambatan Batang Paloh dan Jambatan Muara Lassa pada Disember 2024.

Menurutnya, Jambatan Batang Paloh yang menelan kos RM298 juta kini pembinaannya pada 58.33 peratus berbanding jadual asal sepatutnya 63 peratus. 

Menurutnya, pembinaan Jambatan Batang Paloh, antara isu yang menjadi kekangan pihak kontraktor pelaksana ialah kesukaran mendapat bahan pembinaan selain kesukaran mendapat tenaga pekerja asing.

Kejadian pelanggaran struktur jambatan oleh kapal yang melalui kawasan berkenaan juga menjadi masalah yang menganggu kelancaran kerja pembinaan jambatan ini.

Datuk Amar Douglas Uggah Embas bersama Datuk Abdullah Saidol, Aidel Lariwoo dan Safiee Ahmad melawat tapak pembinaan Jambatan Muara Lassa dan Batang Paloh, hari ini. Foto: UKAS

“Kita yakin isu ini akan selesai secepat mungkin. JKR kini merangka tarikh siap baharu. Apa yang kita nampak di tapak ini, jumlah pekerjanya walaupun kurang sikit (tapi) masih okay, dari segi jenteranya cukup. Kita memantau rapi (perkembangan) projek ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan lawatan ke tapak projek jambatan berkenaan di sini, hari ini.

Lawatan itu disertai, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) Datuk Abdullah Saidol dan Timbalan Menteri Infrastruktur, Pembangunan Pelabuhan Sarawak Aidel Lariwoo dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro Safiee Ahmad.

Jambatan berkenaan merupakan penghubung Pulau Bruit dengan tanah besar. Ia disempurnakan pecah tanah oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada 23 Ogos 2020.

Mengenai Jambatan Muara Lassa yang menelan kos RM597 juta, Uggah gembira dengan pelaksanaannya yang mengikut jadual.

Apabila jambatan sepanjang 2.43 kilometer menghubungkan Pulau Bruit dan Daro ini siap, ia akan mengubah kawasan pesisir di sekitarnya. 

Menurutnya lagi, semua 11 jambatan yang menghubungi kawasan pesisir dibiayai sepenuhnya menerusi peruntukan Kerajaan Sarawak.

“Ini adalah inisiatif kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) di bawah pimpinan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang berusaha menaik taraf infrastruktur di luar bandar,” ujarnya.

Dalam pada itu, Abdullah yang juga ADUN Semop berkata beliau memahami keresahan orang ramai terutama penduduk Pulau Bruit yang tidak sabar hendak menggunakan Jambatan Batang Paloh apabila siap kelak.

Beliau mencadangkan satu sesi taklimat diadakan antara pihak agensi pelaksana, kontraktor dan pemimpin-pemimpin masyarakat di Pulau Bruit pada tarikh yang akan ditetapkan nanti bagi berkongsi pelbagai maklumat terkini tentang status projek jambatan tersebut.

“Saya juga berharap kontraktor dapat menyiapkan projek Jambatan Batang Paloh seperti dijadualkan iaitu pada penghujung 2024,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan