Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dadah yang dirampas daripada ahli perniagaan yang ditahan di Sibu, pagi semalam. Foto: BSJN IPD Sibu

Ahli perniagaan ditahan bersama dadah bernilai lebih RM22 ribu di Sibu

SIBU, 9 Mei: Seorang ahli perniagaan ditahan bersama dadah yang dianggarkan bernilai RM22,279 dalam serbuan polis di Lorong Pahlawan di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, dadah seberat 349.38 gram itu disimpan di dalam kenderaannya.

Katanya, suspek berusia 37 tahun terbabit ditahan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) pada pukul 8 pagi.

“Hasil pemeriksaan, polis menemui enam paket jus yang disyaki mengandungi campuran dadah ekstasi dengan berat kasar 246.28 gram, dua paket plastik lutsinar mengandungi pepejal kristal disyaki dadah jenis methamphetamine dengan berat kasar 101.00 gram dan dua paket plastik lgan lutsinar mengandungi ketulan kristal disyaki dadah ketamin dengan anggaran berat kasar 2.10 gram,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut Zulkipli, ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati suspek turut positif dadah jenis Methamphetamine dan Benzodiazepine.

Zulkipli berkata, suspek direman selama enam hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan