Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Ramli. Foto: Bernama.

Kerajaan sedang teliti secara dasar sistem gaji progresif, perbincangan telah bermula – Rafizi

ByBernama

KUALA LUMPUR, 9 Mei: Kerajaan sedang meneliti secara dasar sistem gaji progresif di Malaysia serta proses perbincangan dan libat urus mengenainya telah pun bermula dengan pelbagai sektor, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Katanya ini sebahagian daripada dasar yang sedang dikaji Kementerian Ekonomi dan ia selaras dengan sasaran Rancangan Malaysia ke-12 supaya nisbah hasil ekonomi yang diberi kepada pekerja dalam bentuk gaji dan pampasan meningkat daripada paras semasa iaitu sekitar 36 peratus kepada 40 peratus.

“Kita akan bawa perbincangan ini dalam forum kerajaan yang sewajarnya dalam masa yang ditetapkan nanti,” katanya pada sidang media selepas majlis perasmian UK-Malaysia Clean Growth Handbook di sini hari ini.

Beliau berkata kerajaan ingin memastikan kerangka dasar itu lebih mampan dan dapat dilaksanakan secara positif oleh semua pihak serta manfaatnya bukan hanya kepada pekerja tetapi juga kepada majikan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan