Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr Hazland Abang Hipni (empat dari kanan) bersama peserta Forum MACIF 1.0. Foto: Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sekitar.

Sarawak kongsi polisi ekonomi lestari pada forum antarabangsa

ByDayu Adruce

KUCHING, 9 Mei: Kerajaan Sarawak berkongsi usaha yang telah dilaksanakan ke arah memacu perindustrian yang mampan sempena Forum Antarabangsa Udara Bersih Malaysia Pertama 2023 (MACIF 1.0).

Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Dr Hazland Abang Hipni berkata, menerusi MACIF 1.0, beliau turut membentangkan cabaran, isu serta strategi mitigasi yang telah dilaksanakan.

Katanya, dasar dan peraturan kerajaan bagi mempromosikan industri mampan turut disentuh.

“Ini termasuklah bagaimana pemimpin industri boleh bekerjasama dengan pembuat dasar untuk memacu perubahan.

“Selain itu, Sarawak juga berkongsi mengenai insentif yang boleh dilaksanakan kerajaan untuk menggalakkan industri mengamalkan amalan mampan,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan media di Bangi, Selangor hari ini yang mana forum bertemakan Industri Lestari – Strategi Mitigasi Ke Arah Langit Biru itu berlangsung.

Forum anjuran Pertubuhan Forum Udara Bersih Malaysia (MyCAS) itu bertujuan untuk menyediakan platform perbincangan dan perkongsian pengetahuan mengenai isu berkaitan kualiti udara.

Ianya selaras dengan matlamat utama penubuhan MyCAS yang mahu menangani isu berkaitan kualiti udara di peringkat global dan nasional.

Turut hadir Presiden dan Ketua Pegawai Strategik International Green Trends Cockpit Sdn. Bhd., Pengerusi MyCAS, Ts Dr Noor Zaitun Yahya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan