Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KUALA LUMPUR, 28 Mei -- Reaksi penduduk Pangsapuri Sri Penara, Bandar Sri Permaisuri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sehingga 10 Jun ketika tinjauan fotoBernama hari ini. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Pelitup Muka Berganda Bantu Tapis Lebih Banyak Zarah

ByBernama

KUALA LUMPUR: Pemakaian pelitup muka berganda dengan mengenakan pelitup muka kain di atas pelitup muka perubatan, dapat membantu menapis lebih banyak zarah berbanding menggunakan pelitup muka kain semata-mata, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Berkongsi maklumat menerusi infografik dalam akaun Twitter beliau, kajian oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) merumuskan bahawa pemakaian pelitup muka berganda (dengan pelitup muka kain di atas pelitup muka perubatan) dapat mengurangkan risiko pemakai kepada pendedahan virus COVID-19.

“Walaupun ia tidak diwajibkan berserta dengan pelindung muka, ia memberikan perlindungan maksimum,” kata Dr Noor Hisham.

Menurut satu lagi infografik yang dikongsikan beliau, pelitup muka perubatan tanpa mengikat gelung telinga menyekat 56.1 peratus zarah, pelitup muka kain (51.4 peratus), pelitup muka yang gelung telinganya diikat dan diselit pada telinga pemakai (77 peratus) dan pelitup muka berganda (85.4 peratus).

Sentiasa memakai pelitup muka perubatan dengan pelitup muka kain untuk pemakaian berganda dan elakkan menggunakan pelitup muka jenis sama sebagai pelitup muka berganda, menurut infografik itu.

Satu lagi infografik menunjukkan bahawa pelitup muka N95 sepatutnya digunakan satu sahaja dan tidak dipasangkan dengan pelitup muka lain kerana ia adalah piawaian tertinggi bagi jenis pelitup muka dan ia boleh melitup permukaan muka dan menapis 95 peratus zarah.

Semalam, jumlah kes COVID-19 harian yang direkodkan di negara ini terus melonjak dengan 7,857 kes dilaporkan dalam tempoh 24 jam dan 59 kematian, menjadikan jumlah kematian kepada 2,491.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan