Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KERETA REMPUH RESTORAN, TUJUH PELANGGAN CEDERA

Pembantu jurulatih selam skuba di Semporna ditahan kes cabul pelancong asing

ByTVS

KOTA KINABALU, 8 Mei: Seorang pembantu jurulatih selam ditahan polis selepas disyaki mencabul seorang pelancong wanita warga China di perairan sebuah pulau peranginan di Semporna.

Pemangku Ketua Polis Daerah, ASP Arif Abd Razak berkata, satu laporan polis diterima daripada mangsa yang mendakwa dicium suspek semasa melakukan aktiviti selaman skuba pada 5 Mei.

Menurutnya, laporan polis itu dibuat mangsa yang berumur 25 tahun sebelum bergerak ke Lapangan Terbang Tawau untuk pulang ke negara asal pada 6 Mei.

“Suspek berumur 27 merupakan warga tempatan yang bekerja sambilan sebagai pembantu jurulatih selam dengan sebuah pusat selaman skuba telah ditahan pada Ahad kira-kira jam 12.50 tengah malam di sebuah penginapan atas air,” katanya.

Arif berkata, suspek ditahan reman sehingga 11 Mei ini bagi siasatan lanjutdi bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun mengingatkan para pengusaha industri pelancongan agar menjaga tingkah laku terhadap pelancong asing.

Beliau memohon pengusaha pelancong sentiasa memastikan pekerja mereka menjaga tingkah laku baik.

“Pengusaha yang terlibat dalam aktiviti pelancongan dimestikan untuk menasihatkan pekerja mereka agar bertingkah laku baik terhadap pelancong,” katanya pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Serah Tugas Ketua-ketua Jabatan Kontinjen Polis Sabah, di sini, hari ini.

Jauteh berkata kes gangguan seksual dikhuatiri mencemarkan imej Sabah sebagai destinasi pelancongan di Malaysia.

“Kita mesti sedar pelancong yang datang ke Sabah semakin meningkat adalah kerana negeri ini selamat dan bebas ancaman,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan