Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kejohanan Tembak Royal Malaysia Police (RMP) Open Championship 2023 Level III menerima pengiktirafan ‘peserta paling ramai dalam kejohanan menembak’ daripada The Malaysia Books of Record (MBOR) dengan penyertaan seramai 787 orang. Foto: PDRM (Facebook)

Kejohanan Tembak RMP Open Championship 2023 diiktiraf MBOR

ByBernama

PUTRAJAYA, 8 Mei: Kejohanan Tembak Royal Malaysia Police (RMP) Open Championship 2023 Level III menerima pengiktirafan ‘peserta paling ramai dalam kejohanan menembak’ daripada The Malaysia Books of Record (MBOR) dengan penyertaan seramai 787 orang.

Sijil pengiktirafan itu telah diserahkan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani oleh Ketua Pegawai Operasi MBOR Christopher Wong semasa Majlis Apresiasi Kejohanan Tembak RMP Open Championship 2023 di sini, malam tadi.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Ruji Ubi.

Kejohanan tersebut yang berlangsung selama tujuh hari bermula 1 Mei lepas di Kelab Menembak Sasaran Shapadu di sini, turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kejohanan itu juga disertai peserta luar negara termasuk daripada Indonesia, Thailand, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Hong Kong, Singapura dan Filipina.

Acryl Sani dalam ucapannya berkata, pengiktirafan itu amat bermakna buat PDRM sekali gus membantu mempromosi Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang tmenyediakan fasiliti serba lengkap bagi kejohanan menembak bertaraf antarabangsa.

“Besarlah harapan saya agar Malaysia diberi peluang untuk menganjurkan pertandingan Level V iaitu World Shoot yang merupakan tahap tertinggi dalam kejohanan IPSC ini, yang sekali gus dapat merancakkan industri pelancongan negara,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan