Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
20 warga Indonesia yang ditawan sindiket pemerdagangan orang di Myawaddy, Myanmar berjaya dibebaskan dan dibawa ke perbatasan Thailand untuk dibawa pulang ke Indonesia. Foto: Kemlu RI

20 warga Indonesia yang ditawan di Myanmar berjaya dibebaskan

ByTVS

JAKARTA, 8 Mei: Kerajaan Indonesia melalui Kedutaan Besar Indonesia di Yangon dan Kedutaan Indonesia di Bangkok berjaya membebaskan 20 warga Indonesia yang di tawan sindiket pemerdagangan orang.

Berdasarkan keterangan Kementerian Luar Negara (Kemlu) mangsa pemerdagangan manusia melalui penipuan dalam talian berjaya meninggalkan kawasan konflik di Myawaddy, Myanmar.

Menterinya, Retno Marsudi mendedahkan di peringkat awal empat orang yang telah dijual ke syarikat lain dibebaskan lebih awal dan selepas itu baharulah seramai 16 lainnya berjaya dibebaskan.

“Dengan kerjasama pelbagai pihak dan dibantu pihak tempatan yang mempunyai akses ke kawasan Myawaddy, warga Indonesia boleh dibebaskan dan dibawa ke sempadan Thailand,” katanya.

Katanya, semalam kesemua mereka telah dibawa ke Bangkok dibantu kedutaan di sana sementara pengurusan proses penghantaran pulang ke Indonesia.

Setakat ini pihak polis Indonesia telah dihantar ke sana untuk membantu pemulangan mereka dan siasatan ke atas kes ini.

“Kita juga akan memastikan bahawa tiada mangsa lain yang masih ditawan di Myanmar susulan kejadian berkenaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan