Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Suasana perasmian platform e-dagang kraf pertama CENTEXS Commercial, SARAtage (Sarawak Heritage) di Suruhanjaya Tinggi Malaysia Belgrave Square, London disempurnakan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang disaksikan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Foto: Facebook CENTEXS Commercial

Platform e-dagang SARAtage dilancar di London

ByMuqri Aziz

LONDON, 8 Mei: Sebuah platform e-dagang khusus untuk mempromosikan produk warisan Sarawak, SARAtage (Sarawak Heritage) dilancarkan CENTEXS Commercial di bawah Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS).

Pelancaran itu disempurnakan Raja Pemaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di Suruhanjaya Tinggi Malaysia Belgrave Square, London, disaksikan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Pengurus Besar CENTEXS Commercial, Shahren Yusri berkata, CENTEXS Commercial komited menyediakan perkhidmatan yang terbaik menerusi platform e-dagang SARAtage kerana ia bukan sahaja mengutamakan keperluan dan kemudahan usahawan, malah mengambil kira keselesaan serta kepentingan pembeli dan peminat kraf tempatan dan luar negara.

“SARAtage membuka peluang kepada pengguna perkhidmatan atas talian untuk terlibat sama dalam memasarkan produk atau perkhidmatan mereka sekali gus membantu mengembangkan jenama produk Sarawak ke peringkat antarabangsa.

“Menerusi platform ini juga, pengguna ditawarkan dengan kepelbagaian produk yang terdapat dalam rantaian industri kraf merangkumi produk, rekaan produk, perkhidmatan selepas pembelian dan maklumat berkaitan usahawan. Inisiatif ini bukan sahaja dapat menjimatkan kos dan masa, malah ia juga menjadikan pemasaran produk lebih sistematik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shahren turut menambah, pengguna tidak hanya menyokong pengusaha kraf tempatan malah membantu memelihara warisan budaya Sarawak untuk generasi masa hadapan.

“Penglibatan masyarakat dalam transformasi digital amat penting bagi merapatkan jurang pembangunan di bandar dan luar bandar.

“Ia juga sejajar dengan aspirasi Sarawak yang berhasrat menjadi negeri berpendapatan tinggi menjelang 2030,” katanya lagi.

Sehubungan itu, pengguna dan usahawan kraf di Sarawak digalakkan untuk meneroka laman web www.saratage.my dan mendaftar di platform e-dagang secara percuma untuk mendapatkan rangkaian produk tersebut.

SARAtage membolehkan anda menerokai dan membeli produk warisan Sarawak menerusi lima kategori produk seperti songket dan keringkam, kraf, tekstil seperti baju, pakaian, batik serta aksesori yang berjumlah lebih 500 hasil kreativiti usahawan kraf di bawah CENTEXS Commercial yang menggunakan bahan-bahan berkualiti tinggi.

Turut hadir isteri Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib, isteri Premier Sarawak, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang dan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Pada Sabtu lalu, CENTEXS Commercial buat pertama kalinya menyertai program anjuran Yayasan Tenun Pahang Diraja menerusi London Craft Week (LCW) 2023 bermula 6 Mei hingga 14 Mei 2023. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan