Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir pada Sambutan 40 Tahun Proton dan pelancaran Proton X90 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) hari ini. Foto: BERNAMA

Anwar rakam terima kasih sumbangan Tun Mahathir dalam Proton

ByBernama

KUALA LUMPUR, 7 Mei: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan terima kasih kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad atas sumbangan dan peranannya dalam menjayakan Perusahaan Otomobil Nasional Bhd (Proton).

Anwar berkata, beliau juga bersyukur syarikat kereta nasional itu mampu bertahan walaupun berdepan pelbagai rintangan selepas 40 tahun dalam pasaran automotif.

Reka bentuk kereta Proton X90 yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Sambutan 40 Tahun Proton di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) hari ini. Foto: BERNAMA

“Jadi wajar dalam mengenang perjalanan Proton 40 tahun dan di pihak pentadbiran Kerajaan Perpaduan sekarang kita ucap terima kasih kepada mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir yang mempunyai sumbangan dan peranan dalam bidang ini.

“Saya juga mengenang peranan sahabat saya Allahyarham Tan Sri Yahaya Ahmad (bekas Pengerusi DRB-HICOM) yang menunjukkan keghairahan, obsesi luar biasa untuk menjayakan Proton,” katanya pada majlis pelancaran model baharu Proton X90 dan sambutan ulang tahun 40 Proton di sini hari ini.

Proton merupakan buah fikiran dan cetusan idea Dr Mahathir dan pernah menjadi pengerusi bagi pengeluar kereta nasional berkenaan.

Anwar juga menyatakan keyakinan bahawa komitmen yang ditunjukkan pengurusan baharu Proton akan melonjakkan lagi semangat dan keupayaan syarikat sekali gus mengangkat kedudukan Proton sebagai industri yang berpotensi di dalam negara dan ASEAN.

“Janganlah kita berpuas hati dengan apa yang telah kita capai, yang telah dipelajari dan bersikap positif serta kekal komited untuk meningkatkan keupayaan kita.

“Kita telah melihat ramai jurutera, juruteknik di Proton dan saya rasa wajar saya mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih bukan sahaja kepada pengurusan kanan tetapi juga kepada semua kakitangan dan pekerja Proton atas sumbangan luar biasa anda kepada negara.

“Kami bangga dengan anda. Kami berterima kasih kepada anda. Proton ialah jenama yang terkenal. Dan terima kasih kepada anda, Proton kini memberikannya dorongan baharu, imej baharu, gaya baharu dengan Proton X90,” katanya.

Sementara itu, Proton hari ini mengumumkan harga bagi kenderaan utiliti sukan (SUV) terkini Proton X90 yang ditawarkan dengan empat varian bermula RM123,800.

Pelancaran Proton X90 bukan sahaja menambah model ketiga kepada rangkaian SUV jenama terkemuka di pasaran, tetapi ia juga merupakan tawaran Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) syarikat berkenaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan