JAKARTA, 7 Mei: Seorang maut manakala 36 penumpang cedera parah selepas sebuah bas persiaran terbabas dan terjunam ke dalam sungai di kawasan pelancongan Guci, Tegal, Jawa Tengah, pagi tadi.
Menurut jurucakap polis Jawa Tengah, ACP Iqbal Alqudusy, ketika kejadian pada jam 11.30 pagi itu, bas terbabit membawa 50 penumpang.
“Ketika itu pemandu bas sedang memanaskan kenderaan, tiba-tiba bas itu terbabas dan terjunam ke dalam sungai,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, kejadian itu menyebabkan semua penumpang panik dan mereka diselamatkan dengan bantuan orang awam.
“Pihak polis akan melakukan siasatan bagi mengetahui punca kejadian itu, semua mangsa yang cedera masih mendapatkan rawatan di hospital ketika ini. -TVS