Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yoeh (tengah) bersama pemenang pingat emas Karate lelaki negara S Prem Kumar (kanan) dan Atlet Karate wanita negara C Shamalaran (kiri) pada Sukan SEA 2023 Phnom Penh, Kemboja di Chroy Changvar Convention Center hari ini. Foto: Bernama

Sukan SEA: Karate sumbang dua emas hari pertama

ByTVS

KUCHING, 6 Mei : Kontinjen Malaysia yang bersaing pada temasya Sukan SEA di Kemboja berjaya meraih dua pingat emas pada hari pertama.

Berdasarkan laman web rasmi kejohanan, https://games.cambodia2023.com, skuad karate negara cemerlang apabila menghadiahkan kilauan emas yang dinantikan oleh penyokong sukan tempatan.

Prem Kumar Selvam mengungguli acara 55 kilogram (kg) lelaki manakala atlet wanita, Shahmalarani Chandran menang kategori 50 kg wanita.

Setakat pukul 11 malam tadi, Malaysia berada di kedudukan kesembilan dengan dua emas, dua perak dan lapan gangsa.

Tuan rumah Kemboja kini menguasai tangga teratas dengan 18 emas, 11 perak dan 11 gangsa.

Indonesia di tempat kedua dengan lapan emas dan Thailand di tempat ketiga dengan tujuh emas. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan