JAKARTA, 6 Mei: Sebuah kapal penumpang KMP Royce 1 terbakar ketika belayar dari pelabuhan Merak, Banten menuju pelabuhan Bakauheni, Lampung pada Sabtu.
@tvstvmy Sebuah kapal penumpang KMP Royce 1 terbakar ketika belayar dari pelabuhan Merak, Banten menuju pelabuhan Bakauheni, Lampung pada Sabtu. 📹 Pejabat SAR Banten TVS122 TVSNews KapalTerbakar BeritadiTikTok
♬ original sound – TVS News – TVS News
Ketika pelayarannya, kapal terbabit terbakar di Selat Sunda sekitar jam 4 petang waktu tempatan hingga kepulan asap tebal dapat dilihat daripada salah sebuah kenderaan di atas kapal tersebut.
Menurut Setiausaha Korporat PT ASDP Indonesia Ferry (Persero), Shelvy Arifin pihaknya mengesahkan kapal berkenaan mengalami kebakaran sebelum menyeberangi Pulau Tempurung Merak, namun sehingga berita ini disiarkan usaha memadam api sedang giat dijalankan.
“Sehingga kini api masih dalam proses pemadaman, dan penumpang sedang dalam upaya dipindahkan,” katanya.
Usaha pemindahan dilakukan pasukan pejabat SAR Banten dan agensi lain yang berkaitan.
Kebakaran telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan ratusan penumpang yang dipindahkan sementara usaha menarik kapal itu ke pelabuhan di Merak turut dilaksanakan.
Sehingga kini tiada mangsa terkorban dilaporkan dalam musibah itu manakala siasatan akan dilaksanakan bagi mengenal pasti punca kebakaran.