Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tapak projek tiang bendera tertinggi negara di kawasan Tebingan Sungai Sarawak. Foto: TVS

Tiang bendera gergasi dijadual siap November 2023

ByOdleen Catherny

KUCHING, 6 Mei: Projek pembinaan tiang bendera gergasi negara di Sarawak dijangka siap November tahun ini dengan kos keseluruhannya mencecah RM28 juta.

Timbalan Menteri Utiliti dan Komunikasi Sarawak (Utiliti), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata setakat 23 April lalu, kemajuan projek tersebut sudah mencapai 25.2 peratus siap iaitu lebih awal daripada dijadualkan.

“Mengikut jadual, kemajuan kerja bagi 23 April 2023 ialah 18.18 peratus tetapi kemajuan sebenar di tapak ialah 25.2 peratus iaitu 7.02 peratus lebih awal daripada jadual.

Projek ini dijangka siap pada 30 November tahun ini,” katanya ketika dihubungi TVS, di sini, hari ini.

Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) telah dilantik sebagai agensi pelaksana projek tersebut manakala kontraktor reka bentuk dan pembinaan projek adalah KKB Engineering Berhad.

Mengulas lanjut berhubung terdapat media tempatan melaporkan projek itu dijangka menelan kos kira-kira RM30 juta.

Bagaimanapun, Dr Abdul Rahman yang merupakan menteri bertanggungjawab DBKU mengesahkan kos sebenar projek adalah RM28 juta.

Tiang bendera gergasi akan tersergam indah di hadapan Tebingan Kuching. Foto: TVS

Sementara media tempatan juga melaporkan tiang bendera yang bakal dibina di seberang Tebingan Kuching tersebut adalah setinggi 99 meter, iaitu empat meter lebih tinggi daripada tiang bendera negara di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Manakala isu pembinaan tiang bendera itu turut mencetus kontroversi namun pada 28 Januari lalu, Pejabat Premier Sarawak mengesahkan projek pembinaan tiang bendera gergasi di negara ini dibiayai sepenuhnya sektor swasta sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR) pihak terlibat.

Turut ditegaskan pembinaan projek mega itu juga bertujuan untuk meraikan pembentukan Malaysia ke-60 tahun ini.

“Projek tersebut termasuk pembangunan tapak yang ditetapkan termasuk kawasan sekitarnya dan tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” jelas Pejabat Premier Sarawak menerusi satu kenyataan.

Sementara itu, pada 2 Februari lepas, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan Kerajaan Sarawak hanya berperanan untuk mengenal pasti tapak untuk mendirikan tiang bendera tersebut iaitu di seberang Tebingan Kuching.

Ia susulan terdapat pelbagai spekulasi ditimbulkan oleh beberapa pihak terutamanya pembangkang yang menyifatkan sumber kewangan bagi projek tersebut sebaiknya digunakan untuk rakyat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan