Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Masyarakat di Mukah dinasihatkan waspada terhadap tanda-tanda strok haba. Foto: Fiqri Razak (TVS)

Cuaca panas tahap satu di Mukah, masyarakat dinasihat waspada strok haba

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 5 Mei: Mukah dilaporkan mengalami cuaca panas tahap satu dengan status berjaga-jaga sehubungan itu masyarakat  dinasihatkan supaya berwaspada terhadap tanda-tanda awal strok haba.

Pengarah Pejabat Meteorologi Sarawak, Khairul Najib Ibrahim mendedahkan kawasan itu mengalami suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celcius dan dijangka akan berlarutan sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

“Kementerian Kesihatan pun telah mengeluarkan garis panduan berhubung orang ramai tidak digalakkan untuk mengadakan aktiviti-aktiviti di luar pada waktu siang kerana suhu menunjukan peningkatan ketara.

‘Selain itu cara berpakaian juga perlu sesuai terutama kepada kanak-kanak yang bersekolah’, kata Khairul Najib berkata demikian ketika dihubungi TVS di sini, hari ini.

Strok haba merupakan penyakit yang disebabkan kepanasan melampau yang didahului oleh kejang haba, diikuti dengan kelesuan haba.

Sementara simptom bagi kelesuan haba antara lain ialah suhu badan meningkat hingga 39 darjah Celcius, jantung berdenyut laju, pening atau sakit kepala dan keletihan yang melampau. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan