Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama Datuk Rubiah Wang, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Kota Samarahan, hari ini. Foto: JaPen

Abang Johari umum teknologi baharu sebelum Persidangan Dewan Undangan Negeri 

KOTA SAMARAHAN, 4 Mei: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bakal mengumumkan teknologi baharu sejurus beliau kembali dari lawatan kerja ke London.

Menurutnya, pengumuman mengenai teknologi baharu yang bakal menjadi sumber pendapatan baharu Sarawak itu akan diumumkan sebelum Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada 15 hingga 24 Mei ini.

“Saya dah janji (akan umum) perincian tentang teknologi baharu yang akan memberikan pendapatan baharu kepada Sarawak,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan-timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Sementara itu, Abang Johari akan berangkat ke London sempena Minggu Kraf London 2023 di Malaysia Hall.

Sarawak menghantar penggiat kraf ke pameran yang berlangsung 6 hingga 14 Mei ini. 

Penyertaan Sarawak dalam pameran itu bertujuan mempromosikan kraf dari Sarawak yang menjadi lambang warisan budaya dan etnik.

Delegasi Sarawak menyertai pameran itu susulan pembabitan Malaysia di bawah naungan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan