Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi menerusi Facebook hari ini berkata beliau berkesempatan untuk mempengerusikan Mesyuarat Pasca Kabinet yang merupakan hari terakhir Zurinah.
“Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan atas khidmat bakti dan komitmen padu yang beliau berikan sepanjang bersama KPK.
“Terima kasih atas kerjasama erat dan nasihat kepada KPK dalam memacu sektor agrikomoditi,” katanya.
Beliau berkata Zurinah adalah pegawai paling lama di KPK dengan kerjaya beliau bermula sebagai Penolong Setiausaha Bahagian Industri Minyak Kelapa Sawit, Kementerian Perusahaan Utama pada 1989.
“Bermula di kementerian ini dan bersara di kementerian ini juga. Terima kasih daun keladi. Jasa Datuk KSU kami hargai,” katanya.