Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat daripada Teo Nie Ching di Kuching, hari ini. Turut kelihatan, Datuk Abdullah Saidol. Foto: Pejabat Premier Sarawak

Liputan Internet: Kerjasama syarikat telekomunikasi mustahak memastikan matlamat kerajaan tercapai

BySaibi Gi

KUCHING, 3 Mei: Kerjasama dan sokongan syarikat-syarikat telekomunikasi amat diperlukan bagi meluaskan liputan Internet dan telefon di Sarawak.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) Datuk Abdullah Saidol berkata, itu merupakan perkara yang dibincangkan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching, hari ini.

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat daripada Teo Nie Ching. Turut kelihatan, Datuk Abdullah Saidol. Foto: Pejabat Premier Sarawak

“Premier (Abang Johari) menyatakan bahawa Sarawak melalui Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) telah memperuntukkan dana RM1 bilion bagi menampung pembinaan banyak menara tambahan terutama di luar bandar,” katanya ketika dihubungi TVS.

Abdullah berkata lagi, antara perkara dibincangkan ialah tentang sistem telekomunikasi yang kerap terganggu dan pembinaan menara telekomunikasi baru di kawasan luar bandar. 

“Premier mahu isu menara telekomunikasi yang siap tapi belum berfungsi diselesaikan dengan segera,” katanya.

Abang Johari turut membangkitkan pemantauan dan penguatkuasaan lebih serius bagi membendung berita palsu dan kenyataan sensitif tentang agama dan kaum di media sosial, jelasnya.

Beliau turut menjelaskan, Premier Sarawak amat menitikberatkan tentang kestabilan kerajaan dan keharmonian kaum.

“Ini penting untuk memastikan agenda pembangunan negara dan pemulihan ekonomi digerakkan dengan lancar dan cepat,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan