Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah bersama yang lain di hadapan Tugu Peringatan Serang Hendap Pasukan Batalion Ketujuh Rejimen Renjer Diraja. Foto: TVS

Tugu Peringatan Kampung Jangkar akan diwartakan sebagai tapak sejarah

LUNDU, 3 Mei: Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan akan berusaha  untuk mewartakan Tapak Tugu Peringatan Batalion Ketujuh Rejimen Renjer Diraja (RRD) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kampung Jangkar  sebagai tapak sejarah dalam masa terdekat.

Menterinya, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, usaha itu akan membolehkan kawasan tersebut bukan sahaja untuk dijadikan salah satu tarikan bagi industri pelancongan, malah turut menjadi lokasi untuk memperingati perjuangan perwira terdahulu dalam menentang pengganas komunis 51 tahun lalu.

“Apabila ia menjadi satu tapak sejarah seperti itu yang mana melibatkan ramai pengunjung sama ada dalam ataupun luar, keluarga-keluarga mereka yang berada dalam tentera 7 renjer pada masa itu, mereka melihat tempat perjuangan tersebut, ia secara tidak langsung membawa kepada limpahan ekonomi setempat.

“Dengan Kehadiran pengunjung ini, penduduk kampung boleh menjalankan perniagaan berkaitan yang seterusnya memberikan pulangan kepada mereka, ini sekali gus membantu dalam meningkatkan ekonomi mereka,” katanya.

 

Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menunjukkan Tugu Peringatan Batalion Ketujuh RRD. Foto: TVS

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Tugu Peringatan Batalion Ketujuh RRD ATM di Kampung Jangkar di sini, hari ini.

Menurut Abdul Karim, perwartaan tapak berkenaan adalah wajar dilakukan kerana ia merupakan lokasi sebenar kejadian berdarah 51 tahun lalu.

Dalam kejadian serang hendap penganas Komunis petang 26 Mac 1972, 15 anggota dari Batalion Ketujuh Ranjer ATM terkorban manakala empat lagi mengalamai kecedaraan parah.

Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah pada majlis perasmian Tugu Peringatan Batalion Ketujuh RRD. Foto: ATM

 

Katanya, ketika ini Kerajaan Sarawak telah mewartakan beberapa tapak sejarah serta kubu-kubu pertahanan yang dibina ketika era penjajahan British dan Dinasti Brooke.

Antara tapak terbabit termasuk Kubu Alice di Sri Aman, Kubu Rentap di Bukit Sadok, Betong, Kubu Sylvia di Kapit serta Kubu Emma di Kanowit. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan